Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,

Puisi
 

Matahari mancar di hulu,
     Mahabagi kambang balunka;
Amun ading mati tadahulu,
     Hadangi aku di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Matahari tengah gerhana.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kenapa bunga matahari mengadap matahariDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2000983-62-6901-0
Kenapa bunga matahari menghadap matahari?Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20009836269010
Kenapa bunga matahari mengadap matahari?Dewan Bahasa dan PustakaTiada20009836269010
Matahari : matahari dan negara-negara Asia/Pasifik buku ekologi untuk kanak-kanakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20059836282130
Matahari masih mengejar bulan dan lain-lain ceritaFederal PublicationsTiada  
Matahari Bintang IstimewaDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-49-0056-4
Matahari di atas daratanKarya UnipressTiada1981 
Matahari pagi di tanah air Tiada1967 
Matahari dan puisi-puisi lain Tiada1979 
Matahari dalam kelamN.V. NusantaraTiada1963 
12345678910...

Kembali ke atas