Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ri.ma] | منريما

Definisi : 1. mengambil (mendapat, mena­dah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesah­kan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., meman­dang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ri.ma] | منريما

Definisi : 1 mengambil se­suatu yg diberikan; mendapat atau memperoleh sesuatu sbg hadiah dll: Murid-murid yg menang dlm peraduan mengarang telah ~ hadiah drpd Guru Besar. Dia ~ berbagai-bagai hadiah pd hari jadinya. 2 menyambut kedatangan tetamu atau kedatangan seseorang: Pembesar-pembesar negara sudah berkumpul di lapangan terbang utk ~ kedatangan Presiden Suharto. 3 membenarkan atau mengizinkan (seseorang) menjadi ang­gota sesuatu perkumpulan dsb: Guru Besar dgn bantuan beberapa orang Guru Penolong sibuk ~ murid-murid baru utk darjah satu. 4 bersetuju memegang sesuatu jawatan yg ditawarkan: Beliau telah ~ tawaran sbg Guru Besar di sekolah itu. 5 menyetujui sesuatu permintaan, permohonan dll; membenarkan; me­­­­lulus­kan: Ibu bapanya enggan ~ pinang­an pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Kalau memanah burung helang,
     Bolehkah tidak dia mengena;
Kalau kakanda datang meminang,
     Adakah adinda sudi menerima?


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Yang memberi tangan di atas,
     yang menerima (= meminta) tangan di bawah.

Bermaksud :

Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada orang yang menerima.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Permulaan menerima wahyuQalamTiada  
KPD menerima buku daripada Negeri ChinaDewan Bahasa dan PustakaTiada1991 
Pesalah menerima hukumanPan EarthTiada19929679508075
Memberi dan menerima kritikBinarupa AksaraTiada1990 
Nabi Musa menerima wahyuMarwilis Publisher and DistributorsTiada19939838312363
Memberi dan menerima kritikan : Teknik praktikal untuk keberkesanan komunikasi dua halaPenerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Tiada1994983-50-0386-6
Meraikan KPD menerima anugerah DatukDewan Bahasa dan PustakaTiada1991 
Menipu tuhan atau menerima pesakaQalamTiada1949 
Foto KPDBP Awang Sariyan Menerima PingatDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Nabi lsa a.s. menerima wahyu kerasulan. Buku 10Dewan Bahasa dan PustakaTiada2003983-62-6596-1
12

Kembali ke atas