Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan se­suatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Menyelesaikan masalah secara kreatifUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1999967-61-0961-4
Menyelesaikan Masalah dan Meningkatkan Unjuk Kerja Windows 3.1Elex Media KomputindoTiada19959796372258
Menyelesaikan masalah secara sistematik dan afektifPearsonTiada2003983-2639-22-0
Menyelesaikan KonflikUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1997967-61-0800-6
Menyelesaikan Masalah Secara Sistematik dan EfektifPearsonTiada2008978-983-3927-22-7
Menyelesaikan masalah ketidakhadiranPenerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Tiada1993983-878-509-1
Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara sistematikPenerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Tiada1994983-50-0394-7
Bagaimana menyelesaikan kerjaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-2149-2
Berunding: panduan menyelesaikan konflik peribadi dengan cara yang memuaskan semua pihakPTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.Tiada2002983-2311-81-0
Falsafah ke arah menyelesaikan masalah hidup menurut Islam Tiada1987Tiada maklumat
12

Kembali ke atas