Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.dah] | مرده

Definisi : 1. menempuh (bahaya, hutan, padang pasir, dll), mengharung: ~ hutan semak samun; ~ hujan; ~ padang pasir bergunung batu; belayar ~ samudera; perempuan ini ~ jalan raya berpuluh batu dgn hanya menunggang sebuah basikal; 2. ki merempuh (masuk dll), melantasi, me­nembusi: pemuda yg berbaju hitam itu ~ masuk bilik; suara halus merdu itu terbang keluar dr kamarnya ~ kesunyian malam; ® rejah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.dah] | مرده

Definisi : menebang (menebas) banyak-banyak: ~ buluh; ~ belukar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.dah] | مرده

Definisi : 1 menempuh (bahaya, hutan dll); mengharung: Dlm perjalanan ke bukit itu, mereka terpaksa ~ semak samun. 2 merempuh masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
redah
Kata Terbitan : meredah,

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(2)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Meredah takdir Tiada2010978-967-5642-07-4
Meredah samuderaPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada2008978-983-3586-776
Meredah cabaranUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1991967-61-0204-0
Meredah onakUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada19959676105791
Meredah BadaiRhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.Tiada20019831378733
Meredah ombak keributanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2001983-62-6943-6
Meredah kabutDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3484-5
Sedekad meredah gelombang, mengukir keunggulan Tiada2003 
Aziz Sattar meredah gelombang seniFinasTiada 978-967-5134-07-4
Ibrahim Ali meredah samudera Tiada2000 

Kembali ke atas