Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat; ~ agung perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll); bermesyuarat berunding, berapat, berbin­cang, berbicara: rakyat berhak berkumpul sama ada utk ~, bersuka ria atau bermua-fakat; memesyuaratkan sl membincangkan, me­rundingkan, membicarakan: baginda menyu-ruh panggil sekalian orang besar-besar ~ halnya itu; permesyuaratan perihal bermesyuarat, pe­rundingan, perbincangan, rapat: sistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri yg khusus yg lebih banyak menekankan sistem ~ yg lebih hampir kpd sistem demokrasi; musyawarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : rundingan utk membincangkan sesuatu atau utk mencari sesuatu ketetapan: ~ agung rundingan besar (oleh sesuatu persatuan, badan dll). bermesyuarat berbincang atau berunding ttg sesuatu hal atau utk mencapai sesuatu keputusan: Pegawai-pegawai tinggi telah ~ utk mengurangkan perbelanjaan dlm negeri. memesyuaratkan membincangkan sesuatu dlm mesyuarat; mengadakan mesyuarat ttg sesuatu; merundingkan: Perkara itu telah dimesyuaratkan. permesyuaratan perbuatan atau hal bermesyuarat; perundingan; perbincangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Mesyuarat Lembaga Pengelola dan mesyuarat Kembara BahasaDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
Mesyuarat Pembukaan Audit Bahasa Melayu (Audit Bahasa)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2017 
Mesyuarat Penutupan Audit BahasaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Mesyuarat MASTERADewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2012 
Mesyuarat MBIMDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Mesyuarat Agung Tergempar GAPENADewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1974 
Mesyuarat MBJDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2016 
Mesyuarat Agong Bakeb PDM dan majlis Perpisahan Ahli Fotografi PDMDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2010 
Mesyuarat agung GAPENADewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada  
Mesyuarat Agung Puspanita DBP 2013Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
12345678910...

Kembali ke atas