[na.da] | نادا
Definisi : I 1. bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll): ahli-ahli pancaragam telah membetulkan semula alat muzik utk membaiki tinggi rendah ~; ~ utama nada dasar; tangga ~ Id tingkatan bunyi (dlm muzik dll); titi ~ Id tanda bunyi pd baluk, not; 2. ki bunyi suara (yg melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap), lagu atau rentak suara (sewaktu bercakap dll): “Kenapa tak ikut sama?”, isterinya menyambut dgn ~ kasih; 3. aliran dan rentak (ucapan, sajak, dll); senada padan atau sesuai (dgn): warna di bilik anak-anak ~ dgn ruang tamu; bernada mempunyai (membawa, menunjukkan) nada: sajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~ ilmiah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[na.da] | نادا
Definisi : Kl sj alat utk menangkap ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[na.da] | نادا
Definisi : 1 bunyi dlm muzik atau dlm nyanyian yg tentu tinggi rendahnya. 2 lagu suara (ketika bercakap dll): Anak itu merayu dgn ~ yg hiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)