[naf.kah] | نفقه
Definisi : 1. wang (makanan dll) yg diperlukan utk hidup, sara hidup: siapa yg menanggung ~ anak yatim itu? 2. makanan dll sehari-hari, rezeki; mencari ~ mencari rezeki (bekerja utk mendapatkan rezeki); 3. perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya: suami wajib menanggung ~ isterinya; ~ batin hak bersetubuh isteri; ~ zahir belanja hidup isteri; 4. bp pendapatan, gaji; menafkahi memberi nafkah, menyarai hidup seseorang; menafkahkan mengeluarkan (wang dll) utk makanan sehari-hari, membelanjakan (wang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[naf.kah] | نفقه
Definisi : 1 wang, makanan dll yg diperlukan utk hidup; sara hidup. 2 perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya. 3 makanan sehari-hari; rezeki: mencari ~ bekerja utk mendapatkan rezeki. menafkahi memberikan nafkah kpd; menyara hidup seseorang: Ayah bekerja keras utk ~ kami sekeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)