[or.gan] | اورݢن
Definisi : 1. alat dlm tubuh (manusia, binatang, tumbuhan) yg mempunyai tugas yg penting; 2. institusi (badan dsb) yg melaksanakan sesuatu bidang tugas dan tanggungjawab: tiga ~ asas negara – eksekutif, legislatif dan kehakiman menjalankan tugas secara berasingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[or.gan] | اورݢن
Definisi : IB majalah atau akhbar sesebuah parti politik dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[or.gan] | اورݢن
Definisi : alat muzik yg mempunyai papan nada yg memerlukan kuasa elektronik utk menghasilkan bunyi; ~ elektrik organ yg bunyinya diubah suai secara elektronik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[or.gan] | اورݢن
Definisi : 1 bahagian tubuh (manusia atau haiwan) yg mempunyai tugas-tugas tertentu. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan yg mempunyai tugas-tugas tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[or.gan] | اورݢن
Definisi : alat muzik yg seakan-akan piano tetapi menggunakan tekanan angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)