Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dat] | ڤادت

Definisi : 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kan­dungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-­mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. meng­isikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (pen­duduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dat] | ڤادت

Definisi : 1 tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh; penuh dan rapat sekali isinya: Karung itu telah diisi dgn kapas sampai ~. 2 penuh sesak dgn orang dll; banyak sekali orangnya sehingga berasak-asak; penuh; tumpat: Setiap masjid telah ~ dgn orang yg hendak bersembahyang raya. 3 banyak sekali penduduknya: Hong Kong merupakan negeri yg ~ penduduknya. 4 banyak isinya (bkn ucapan, karangan dll); bernas. memadatkan 1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu. kepadatan 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. pemadatan perbuatan atau hal memadatkan: ~ jalan dilakukan oleh jentera penggelek jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padat (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,

2. Bersinonim dengan penuh: sesak, tumpat, penuh pepak, penuh tepu, berasak-asak, bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berjejal-jejal, sendat, rapat, belanar,

3. Bersinonim dengan berisi: bernas, padu, berat, antap,
Berantonim dengan kosong

Kata Terbitan : memadatkan, kepadatan, pemadatan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kamus padat Tiada1991983-9629-73-5
Perhimpunan Bulanan Cepat Tepat PadatDewan Bahasa dan PustakaTiada2000 
Tarian Dabus Perak (dilengkapi cakera padat multimedia) Tiada2014978-967-363-386-9
Lawatan Kerja dan Taklimat Eksekutif Cakera Padat Tatabahasa Bahasa Melayu DigitalDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003 
Panduan mudah membaiki dan menyenggara pemain cakera padatDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada19999836264930
Sifat-sifat dan kegunaan formula bayi dan makanan padat yang beredar di IndonesiaFakultas Kedoktoran Universitas IndonesiaTiada1993[t.m]

Kembali ke atas