Definisi : singkatan bagi bapak; ~ alang (ngah) bapa saudara yg tengah; ~ belang harimau; ~ cik a) ~ cu (usu) bapa saudara yg termuda; b) panggilan kpd orang yg separuh umur; ~ janggut a) orang yg berjanggut; b) orang Benggali; P~ Kaduk orang yg malang kerana kebodohannya; ~ long (tua, ua, wa) bapa saudara yg tua sekali; ~ mulung tukang cerita dlm persembahan mekmulung yg turut sama melakonkan ceritanya dgn pelakon lain; ~ na Kl barua; ~ pacak orang yg tidak penting peranannya dlm sesuatu peristiwa (spt watak tambahan dlm lakonan pentas dll); P~ Pandir orang yg bodoh; ~ pecocok orang yg jahat (pencuri dll); ~ sanggup a) orang yg menyanggupi sebarang kerja yg diberikan; b) orang yg mengahwini perempuan yg sudah hamil; ~ teh bapa saudara (adik yg kelima atau keenam drpd ayah atau ibu); ~ turut orang yg tidak mempunyai pendirian sendiri (menurut orang lain sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : kep bapa(k). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)