[pan.cang] | ڤنچڠ
Definisi : kayu (buluh dll) yg dipacakkan ke tanah (utk tempat menambat perahu, tanda sempadan, dll); ~ dirasa Kl penderitaan hidup, perasaan yg luar biasa; ~ yg empat Mn sempadan ladang di keempat-empat penjurunya; bagai ~ digoncang arus prb tidak tegas (tetap) pendiriannya (berubah-ubah mengikut mana yg kuat dll); memancang 1. memacak pancang, memasang pancang; ~ gelanggang a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dll); b) kebenaran utk menyabung ayam; c) mengadakan keramaian (kerana perkahwinan dll); 2. macam pancang (tegak sahaja, tidak beralih-alih, dll): kayu itu ~ di tengah-tengah gelanggang; memancangkan 1. memacakkan pancang (galah dll) ke tanah: ~ beberapa batang tiang di pantai; 2. meletakkan atau menempatkan (tulisan dlm penerbitan dll); terpancang 1. sudah dipancangkan, tercacak: di mana ~ banyak galah, di situlah pangkalan kita; 2. ki terdiri tegak (tidak bergerak-gerak), tertumpu pd satu tempat, terpaku: Basir masih ~ di lantai; matanya ~ ke pintu kamar itu; pancangan 1. pancang, pacak, tonggak; 2. yg telah dipancangkan; 3. sl tunangan: rajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya; pemancangan perihal atau perbuatan memancang(kan) sesuatu: upacara ~ tiang pertama Wisma Nusantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pan.cang] | ڤنچڠ
Definisi : ; ~ bendera sj ikan laut, Parachaetodon ocellatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pan.cang] | ڤنچڠ
Definisi : potongan kayu dll yg dipacakkan ke tanah utk menandakan sempadan, tempat menambat perahu dll. memancang 1 memasang pancang; memacakkan pancang: ~ tanah kebun. 2 tegak spt pancang: Tiang-tiang bendera ~ di kiri kanan jalan. memancangkan memacakkan pancang ke tanah: ~ tiang turus pagar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)