Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sen­sitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar; memeka menghiraukan, mempedulikan; kepekaan perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : /péka/ mudah berasa sesuatu; tidak lalai; mudah bergerak (bkn mata dacing dll). kepekaan hal atau keadaan peka: Papila rambut dibekali gentian-gentian saraf yg memberikan ~ kpd rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peka
1. Bersinonim dengan sensitif
( perasa, berderia, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan bergerak balas
( bertindak balas, bereaksi, responsif, mudah terangsang, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memeka, kepekaan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Peka Bahasa Radio IKIM FM (Md. Noor Jabar)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Peka Bahasa - Temu bual KP Datuk Dr. Hj. Awang Sariyan Bersama Radio IKIMDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Rancangan Radio IKIM - Peka BahasaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 

Kembali ke atas