Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.min.ta.an] | ڤرمينتاءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.min.ta.an] | ڤرمينتاءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Ambil galah jolok kedondong,
     Galah patah menimpa dahan;
Bukannya salah ibu mengandung,
     Sudah nasib permintaan badan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lidah terkalang.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah terganjal).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Permintaan yang salah Tiada2012978-967-0129-09-9
Permintaan wangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1990983-62-1433-X
Permintaan wangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-1433-x
Permintaan terakhirMeoral Publishing HouseTiada1980 
Permintaan buku 10 tahun DBP 1969Pusat Dokumentasi MelayuTiada  
Tiga permintaanPan EarthTiada1981 
Sistem permintaan penggunaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1990983-62-1548-4
Satu analisa permintaan isirumah di semenanjung MalaysiaJabatan Perangkaan MalaysiaTiada1979 
Kaedah pengiraan permintaan dan penilaian rekreasi luarPenerbit Universiti Putra MalaysiaTiada1989 
Puan, inilah permintaanSasbadi Sdn. Bhd.Tiada19979830298191
12

Kembali ke atas