Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pri.ha.tin] | ڤريهاتين

Definisi : 1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara: sbg jiran, kita ~ terhadap rusuhan rakyat menentang pemerintahan tentera di Bangkok; 2. Jw ber­dukacita atau kecewa yg amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yg amat sangat; 3. berusaha (berikhtiar) dgn bersungguh-sungguh utk mendapat se­suatu yg dicita-citakan; memprihatinkan 1. menimbulkan rasa meng­ambil berat, memberi perhatian; 2. menim­bulkan rasa sedih (kpd), menyedihkan: soal akhlak inilah yg ~ para pemimpin dr dulu hingga sekarang; keprihatinan 1. kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat pd seseorang atau sesuatu: ~ terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam; ~ negara-negara Islam terhadap Bosnia-Herzegovina; atas rasa ~ dan tuntutan memenuhi cita-cita bahasa, bangsa, dan negara; 2. perasaan sedih (dukacita) yg amat sangat: lalu diberikan berbagai-bagai alasan dan saranan dgn rasa ~ yg mendalam terhadap peranan yg sudah terabai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prihatin


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kekompleksan ''Prihatin Bahasa'' dalam masyarakat multietnik MalaysiaUniversiti Kebangsaan MalaysiaTiada2007978-967-942-821-6
Kekompleksan "prihatin bahasa" dalam masyarakat multietnik MalaysiaPenerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada20079789679428216
Kerajaan prihatin rakyat sejahteraJabatan Penerangan MalaysiaTiada20089789835405006
Perhimpunan Melayu Prihatin Tiada2004 
Program masyarakat prihatin Badan Keluarga DBP - ziarah kerumah Puan Hawa Abdul ManafDewan Bahasa dan PustakaTiada2001 
Penyakit khusus wanita : Kesihatan wanita prihatin bersamaTimes EditionsTiada2005981-204-833-2

Kembali ke atas