Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah; beresah, beresah-resah berada dlm ke­adaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi; meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan; keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang, dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resah (adjektif)
Bersinonim dengan gelisah, cemas, risau, bimbang, tidak senang, renyah, kelesah, rusuh hati;,
Kata Terbitan : meresahkan, keresahan,

Puisi
 

Kalau menarah batang jati,
     Batang kenanga dikapak juga;
Alangkah resah rasanya hati,
     Sudah lama tak nampak muka.


Lihat selanjutnya...(8)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Resah manusia desa dan kotaHimpunan Sarjana Kesusastreraan Indonesia Yayasan Obor IndonesiaTiada2010978-983-861-4146
Resah: (kumpulan cerpen) 1960 - 1962Penerbit Abbas BandongTiada1965 
ResahPenerbit Abbas BandongTiada1965 
Resah dalam cintaPenerbitan Pena Sdn. Bhd.Tiada1980 
Diburu resahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-4029-2
Diburu resahDewan Bahasa dan PustakaTiada1994983-62-4029-2
Kulepaskan resah sepiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1988983-62-0432-6
Yang resah gelisahMarwilis Publisher and DistributorsTiada19909838311685
Penghujung ResahRhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.Tiada2001983-137-977-2
Wajah-wajah resah [taipskrip] Tiada[t.thn.] 
12

Kembali ke atas