Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.to.rik] | ريتوريک

Definisi : (rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm pe­nulisan atau pertuturan; 2. seni meng­gunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mem­pengaruhi pemikiran pen­dengar; 4. berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pe­mikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya ber­cakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; dia me­nyifatkan ucapan belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg di­gunakan; soalan ~; beretorik berpidato, berbicara dsb dgn meng­gunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.to.rik] | ريتوريک

Definisi : /rétorik/ 1 seni menggunakan bahasa yg indah dan menarik utk me­mujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar; seni berpidato. 2 bahasa yg dibuat-buat atau dibesar-besarkan (yg indah dan muluk-muluk). 3 penuh dgn bahasa atau kata yg indah dan muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: Beliau terlalu ~ dlm menyampaikan ceramahnya. beretorik berbicara atau berpidato dgn menggunakan bahasa yg retorik: Kita tidak perlu ~ dgn pelbagai teori hingga orang tidak memahami isu yg diperkatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata retorik


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Retorik : yang indah itu bahasaDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-49-0242-1
Retorik penulisan dakwahPenerbit Universiti MalayaTiada2013978-983-100-672-6
Retorik penggunaan warna pada reka letak akhbar Berita Harian Tiada2013 
RetorikDewan Bahasa dan PustakaTiada1991983-62-2121-2
Retorik sebuah tinjauan pengantarTarateTiada1976 
Retorik kewartawanan Melayu akhbar Berita HarianDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20089789836296641
Retorik sains dan teknologi di MalaysiaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20049836285245
RetorikTarateTiada1976 
Retorik kritikan : satu penilaian retorikal terhadap kritikan sastera Tiada  
Retorik dan PemikiranPusat Dokumentasi MelayuTiada1987 
123

Kembali ke atas