[ri.sa.lah] | رساله
Definisi : Ar 1. surat edaran (siaran): siaran itu dikeluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar dan beribu-ribu ~ yg ditaburkan; 2. karangan (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara: diusahakan buku-buku kecil atau ~-~ pengenalan tentang PBB; ~ ujian Id karangan utk peperiksaan, disertasi; 3. sl yg diutuskan (surat, utusan, dll), yg dikirimkan; menyebarkan (menyampaikan) ~ menyebarkan (menyampaikan) seruan agama (rasul-rasul); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ri.sa.lah] | رساله
Definisi : 1 taraf atau kedudukan sbg rasul; kerasulan: Nabi Musa a.s. menerima ~ dan Kitab Taurat di Bukit Tursina. 2 sesuatu yg diutuskan (spt surat, utusan). 3 surat edaran. 4 karangan ringkas ttg sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)