Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.boh] | روبوه

Definisi : 1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll), runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah; 2. tumbang, rebah (pokok dll); 3. ki jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dll); 4. ki luntur (iman, pendirian, keyakinan, dll), berkurang; merobohkan 1. meruntuhkan (rumah, tembok, dll); 2. menumbangkan, merebahkan (pokok dll); 3. menjatuhkan (pemerintahan, ke­kua­saan, dll); 4. membinasakan, me­luntur­kan (iman, pendirian, harapan, dll); robohan sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama; kerobohan perihal atau keadaan roboh, ke­runtuhan: berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid; perobohan perihal atau perbuatan me­roboh­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.boh] | روبوه

Definisi : 1 jatuh atau rebah kerana dipukul ribut dll; musnah; runtuh; tumbang: Rumah-rumah di tepi laut itu telah habis ~ dipukul ribut. 2 ki jatuh (dlm berbagai-bagai erti spt bankrap, kalah); luntur (bkn iman atau pendirian). merobohkan 1 meruntuhkan (rumah dll). 2 menumbangkan (pokok dll). robohan sisa drpd sesuatu yg telah roboh; runtuhan. kerobohan keadaan atau hal roboh. perobohan perbuatan atau hal merobohkan: ~ rumah-rumah setinggan telah dijalankan secara berperingkat-peringkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
roboh (kata kerja)
Bersinonim dengan runtuh, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, terjelabak, rahak, amberuk, amberol;,
Kata Terbitan : merobohkan,

Puisi
 

Kalau roboh Kota Melaka,
     Ambillah pedang menyabit rumput;
Kalaulah sungguh menahan cinta,
     Laksana kapal dipukul ribut.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Biar merangkak jangan menjalar.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Roboh-nya Kota LukutPustaka AntaraTiada1963 
Setelah roboh Kota MelakaPTS Publications & Distributors Sdn BhdTiada2007978-983-192-104-3
Kalau Roboh Kota MelakaH.C.M. Abdul RahmanTiada1962 
Tidak roboh kota MelakaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1974 
Kalau roboh Kota MelakaH.M.B.A.Tiada1962 
Tidak roboh kota Melaka Tiada1974 
Mahligai yang robohAbdullah SidekTiada1951 
Bangunan yang robohDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Bersatu teguh, bercerai robohSama PublicationsTiada1980 
Bersatu teguh bercerai robohPrestonTiada[19??] 
12

Kembali ke atas