Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi (suara) anjing yg kuat: ~ anjing bersahut-sahutan di kiri kanan rumah; menyalak 1. berbunyi dgn keras (anjing), menggonggong: seekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya; 2. meng­gong-gong kpd: anjing itu ~ pencuri; 3. Mn tidak henti-henti meminta, merenggek, merengek; anjing ~, bukit takkan runtuh prb tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yg jahat; spt disalak anjing bertuah prb tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi; salakan salak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = salakan bunyi teriakan anjing: ~ anjing bersahut-sahutan. me­nyalak 1 mengeluarkan bunyi yg kuat (bkn anjing): Anjing yg ~ biasanya jarang-jarang menggigit. 2 menghalakan salaknya kpd: Anjing itu ~ pencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salak (kata nama)
Bersinonim dengan dengking, gonggong;,
Kata Terbitan : menyalak,

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Tinggal kain sehelai sepinggang.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kelopak salak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
SalakDewan Bahasa dan PustakaTiada20069836280383
SalakDewan Bahasa dan PustakaTiada20049836280383
Pasir Salak Tiada19939839953834
Pasir SalakYayasan PerakTiada2005983-100-036-6
Pasir Salak : pusat gerakan menentang British di PerakYayasan PerakTiada1997983-100-037-4
Pahlawan pasir salakDewan Bahasa dan PustakaTiada19959836212205
Pahlawan Pasir SalakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20009836269819
Pahlawan Pasir SalakDewan Bahasa dan PustakaTiada19859836212205
Pahlawan Pasir SalakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1982 
Sejarah Pasir Salak Tiada1993983-875-036-0
123

Kembali ke atas