[se.lé.sa] | سليسا
Definisi : (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri yg lebih ~, dia terpijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan, peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang; menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap); keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.lé.sa] | سليسا
Definisi : /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)