[se.le.sai] | سلساي
Definisi : 1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiapkan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (persengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. memecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menyelesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.le.sai] | سلساي
Definisi : 1 sudah dikerjakan; sudah jadi (bkn sesuatu yg dibuat): Pembinaan masjid itu memakan masa setahun baru ~. 2 sudah habis; tidak berbaki atau tidak berlebih lagi: Segala hutangnya di kedai itu telah ~. 3 sudah mencapai persetujuan (bkn sesuatu perbincangan, mesyuarat dll): Perbicaraan ttg pembunuhan itu masih belum ~. menyelesaikan 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan sesuatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. penyelesaian 1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuhkan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu. 2 cara atau kaedah dlm ilmu matematik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)