Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tia.u.sa.ha] | ستياءوسها

Definisi : 1. orang yg diambil bekerja utk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dsb) utk orang perseorangan atau utk sesebuah pertubuhan; 2. pegawai yg mengendalikan pentadbiran dll sesuatu kementerian (jabatan dsb), orang yg mengendalikan pentadbiran sesuatu pertubuhan dsb: Ketua S~ Kemen­terian Luar Negeri; ~ Persatuan Sejarah Malaysia; ~ akhbar setiausaha kpd menteri yg tugasnya menyediakan draf ucapan menteri dan se­terusnya mengurus penyiarannya dlm akhbar; ~ kehormat setiausaha yg menjalankan tu-gas atau berkhidmat secara sukarela (tidak di­beri gaji atau upah); ~ parlimen setiausaha kpd menteri dlm urusan yg bersangkutan dgn parlimen; ~ peribadi setiausaha yg mengurus hal-hal peribadi seseorang di samping tugas-­tugas rasminya; ~ politik setiausaha kpd men­teri dlm urusan yg bersangkutan dgn politik; ~ sulit setiausaha yg mengurus urusan peribadi atau urusan sulit dsb seseorang atau sesebuah pertubuhan, syarikat, dsb; ~ syarikat pegawai kanan syarikat korporat yg bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dsb syarikat; kesetiausahaan (segala urusan) yg berkait­an dgn tugas atau profesion setiausaha: dia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~; kerja-kerja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tia.u.sa.ha] | ستياءوسها

Definisi : 1 pekerja yg menye­leng­garakan urusan surat-menyurat atau membuat peringatan dll utk seseorang pegawai tinggi. 2 pegawai yg mengurus hal surat-menyurat (menjaga daftar keahlian, membuat rekod dll) sesuatu persatuan atau kelab. 3 pegawai yg mengurus pentadbiran sesuatu ja­batan dll. ~ kehormat setiausaha yg menjalankan tugas atau yg berkhidmat secara sukarela (tidak diberi gaji atau upah). kesetiausahaan segala urusan yg berkaitan dgn tugas setiausaha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setiausaha


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Setiausaha dan kesetiausahaan : tugas dan profesionalismeUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2002967-61-1291-7
Setiausaha dan kesetiausahaanUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2002967-61-1291-7
Kursus Setiausaha DBPDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Hubungan Antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak 1963- 1995Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)Tiada1995 
Koleksi Ucapan Setiausaha Kerajaan Sarawak 2003 Tiada2003983-40883-2-9
Temuramah Mantan Setiausaha Puspanita DBPPusat Dokumentasi MelayuTiada2007 
RMS. Agfaraly, isteri Setiausaha Parlimen Kementerian PendidikanDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Panduan untuk Pengurus dan SetiausahaPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada2005983-3376-02-9
Kunjungan hormat ke pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan UsahawanDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
Kursus Penataran Bahasa Melayu untuk Eksekutif & Setiausaha Pengurusan KilangDewan Bahasa dan PustakaTiada1993 
12

Kembali ke atas