Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : tinggi hati, angkuh, bongkak, cong­kak, pongah: hanya orang yg ~ dan bong­kak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesar­besarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka me­nyombong). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bong­kak: Jangan berkawan dgn orang yg ~. menyombong berkelakuan atau ber­laku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekayaanmu. ~ diri me­ninggi-ninggikan (memegahkan) diri. kesombongan sifat sombong; keangkuhan. penyombong orang yg sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dagangan datang dari Melaka,
     Timbang mari dacing tembaga;
Cakap sombong saya tak suka,
     Lantai nibung makan kepala.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Lonjak sebagai labu dibenam.

Bermaksud :

Sombong, angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sombong Membawa Rugi Tiada2014978-967-430-106-4
Puteri sombongAmir EnterpriseTiada1976 
Puteri sombongPertamaTiada1980 
Sikap sombong makan diri Tiada2012978-967-0145-39-6
Ayam sombongDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1967 
Puteri sombongAmir EnterpriseTiada1976 
Bapa ayam sombong dan tunggu hari matiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1975 
Denak yang sombongDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20029836255966
Kucing yang sombongPustaka AntaraTiada1989967937193X
Burong jentayu yang sombongPustaka KebudayaanTiada1971 
12

Kembali ke atas