Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kat] | سوکت

Definisi : 1. takaran yg besarnya empat gantang; 2. = sukatan ukuran (panjang, luas, dan isipadu); 3. bp = menyukat mengukur (me­nakar dll); tukang ~ bp orang yg mengukur tanah; yg se~ tak akan jadi segantang prb untung nasib tidak dapat diubah-ubah; bersukat 1. mengukur (menakar) dgn sukat; 2. diukur (dikira) dgn satuan tertentu: makanan itu ~ betul-betul; ~ dgn rah sl membunuh orang; ~ darah, bertimbang daging prb berlawan bermati-matian; telah penuh sbg ~ prb sudah habis kesabarannya; menyukat 1. mengukur dgn sukat; 2. mengukur (panjang, luas, isi): selepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah; sukatan 1. satuan yg digunakan utk me­nyukat, ukuran: berapakah luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan, menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll); penyukatan perbuatan menyukat; penyukat 1. alat yg digunakan utk menyukat (mengukur dll): ~ suhu; 2. orang yg menyukat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kat] | سوکت

Definisi : sl asalkan, jikalau, kalau: ~ aku buraikan perutnya barulah puas hatiku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kat] | سوکت

Definisi : 1 bekas yg dpt diisi sebanyak 4 gantang dan digunakan utk mena­kar atau utk mengukur sesuatu. 2 = sukatan sistem atau unit yg digunakan utk mengukur sesuatu; ukuran. menyukat 1 mengukur atau mengira banyaknya sesuatu benda dgn sukat. 2 mengukur besarnya (luas­­nya, panjangnya dsb) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu: Dua orang juruukur sedang ~ tapak sebuah bangunan. sukatan 1 sistem atau unit yg digunakan utk menyukat sesuatu; ukuran: Berapa luas negeri Pahang dlm ~ ekar? 2 hasil drpd menyukat: ~nya tidak betul. ~ pelajaran ringkasan atau keterangan ringkas ttg mata pelajaran yg perlu diajarkan. penyukatan hal atau perbuatan menyukat. penyukat 1 alat yg digunakan utk menyukat: ~ suhu. 2 orang yg kerjanya menyukat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sukat

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(3)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Timbang dan sukatDewan Bahasa dan PustakaTiada20029836265341
Timbang dan sukatDewan Bahasa dan PustakaTiada20009836265341
Timbang dan sukatDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2001983-62-6534-1
Panduan mengajar timbang dan sukat (dalam sistem metrik)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1980 
Panduan mengajar timbang dan sukat (dalam sistem metrik)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1990 

Kembali ke atas