Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sul.tan]/[sul.tan] | سلطان

Definisi : Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); kesultanan 1. kawasan (wilayah) yg dipe­rintah oleh sultan, kerajaan, negeri (di bawah pemerintahan sultan); 2. istana sultan; 3. kedudukan (taraf) dan kekuasaan atau peme­rintahan sultan: makyung terus-menerus mendapat semacam naungan dr istana Perbaungan sehingga tahun 1946, tahun berlakunya kemusnahan ~ dan kemangkatan Sultan Sulaiman sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sul.tan]/[sul.tan] | سلطان

Definisi : raja yg memerintah: ~ Pahang. kesultanan 1 kawasan yg diperintah oleh sultan; negeri. 2 istana sultan. 3 kekuasaan memerintah bagi seseorang sultan; pemerintahan seseorang sultan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sultan

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Nafsu-nafsu,
     raja di mata sultan di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sultan-sultan BruneiDewan Bahasa dan PustakaTiada1994 
Sultan-sultan MelakaSinaran BerhadTiada1964 
Sultan-Sultan di MalaysiaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Sejarah sultan-sultan Brunei menaiki takhtaYayasan SagangTiada2002 
Sejarah sultan-sultan Brunei menaiki takhtaKementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei DarussalamTiada200299917-34-25-2
Sallatus Salatin ( Salasilah Sultan-sultan) Tiada  
Meneladani kehebatan sejarah sultan-sultan soleh di Nusantara Tiada[t.thn.]978-967-124-280-3
Hikayat Peperangan Al-Maulana Sultan-sultan IstanbulDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Abdul Jalil Nasruddin Shah, Sultan (Sultan Perak 1916 - 1918)Dewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kejohanan Badminton Melayu Malaysia 2004 Piala DYMM Sultan-Sultan ke-48Dewan Bahasa dan PustakaTiada2004 
12345678910...

Kembali ke atas