Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.luh] | سولوه

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk menerangi (daun kelapa kering yg dibakar dll), jamung, obor: di sana sini kelihatan ~ terkelip-kelip; lampu ~ sj lampu yg menggunakan bateri, lampu picit; 2. = penyuluh sl orang yg mencari rahsia, mata-mata gelap, pengintip, perisik; bersuluh menggunakan suluh (utk mene­rangi): sudah terang lagi ~; bersuluhkan menggunakan (sesuatu) seba­gai suluh; ~ bulan tidur di bawah langit (tidak berumah); bagai ~ tengah hari prb a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yg sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum); b) mensia-siakan wang (tenaga dll); bukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dll); menyuluh, menyuluhi 1. menerangi dgn suluh: sinar neon yg benderang ~ sekitar bandar raya itu; di bawah bantalku ada lampu picit, aku ambil utk ~ jalan keluar; 2. mencari ikan (berburu dll) dgn suluh: ~ burung; 3. mencari-cari rahsia (keterangan dll), menye­lidiki, merisik: kawan-kawannya pergi ~ gerakan lanun yg dikatakan sedang ber­gerak ke utara Tanah Melayu; 4. ki menerangi (memberi penerangan), memberi petunjuk: ~ manusia supaya mengikuti jalan yg benar; penyuluhan 1. perihal menyuluh (mengin­tip, mengintai, dll), pengintaian, penyeli­dikan; 2. ki penerangan; penyuluh 1. orang yg tugasnya mencari rah­sia, pengintip, perisik, suluh: ia akan dibicarakan atas tuduhan menjadi ~ musuh; 2. ki pemberi penerangan (petunjuk dll): ibu memberi pelajaran utk ~ kehidupanmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.luh] | سولوه

Definisi : ; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar montek (serepat), Urceola torulosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.luh] | سولوه

Definisi : 1 benda (spt daun kelapa ke­ring yg dibakar) yg digunakan utk menerangi; obor: lampu ~ lampu yg menggunakan bateri; lampu picit. 2 = penyuluh orang yg tugasnya mencari rahsia; perisik. bersuluh menggunakan suluh: Sudah terang lagi ~. bersuluhkan menggunakan sesuatu sbg suluh. me­nyuluh 1 menerangkan sesuatu (dgn suluh): Kami menggunakan lampu picit utk ~ jalan. 2 mencari sesuatu dgn menggunakan suluh: ~ ikan (lebah) mencari ikan (lebah) pd waktu malam dgn menggunakan suluh. 3 berusaha utk mencari rahsia atau keterangan ttg sesuatu; menyelidik; merisik: Beberapa orang kepercayaannya disuruh ~ keadaan musuh. menyuluhkan menghalakan cahaya lampu dsb pd: ~ lampu ke arah cermin. penyuluhan 1 hal atau perbuatan menyuluh. 2 penyelidikan; pengintipan. penyuluh 1 orang yg menyuluh. 2 pengintip; perisik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suluh
Bersinonim dengan obor, jamung, suar, sigi, folok, karak, karuk, manjung, pedamaran, dila, lakai-lakai;,
Kata Terbitan : menyuluhi, penyuluhan, penyuluh,

Puisi
 

Kalau tidak teras bintang,
     Suluh menyuluh luar perahu;
Kalau hendak sendiri datang,
     Suruh menyuruh kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Siar bakar berpuntung suluh.

Bermaksud :

Tiap-tiap perkara dapat diputuskan kalau sudah cukup bukti dan keterangannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Suluh agamaSemenanjungTiada1965 
Suluh ugamaMaktabah al-Haji Abdullah bin Muhammad Nuruldin Al-RawiTiada1965 
Suluh agama Tiada1965 
Suluh Kemajuan 1947-1948Dewan Bahasa dan PustakaTiada  
Suluh asuhan : panduan asas kesihatan anakUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1990967-61-0177-X
Suluh Bahasa (Buku Bahasa untuk Sekolah Menengah): untuk Tingkatan EmpatDewan Bahasa dan PustakaTiada1966 
Suluh Bahasa (Buku Bahasa untuk Sekolah Menengah): untuk Tingkatan TigaDewan Bahasa dan PustakaTiada1965 
Suluh Bahasa (Buku Bahasa untuk Sekolah Menengah): untuk Tingkatan DuaDewan Bahasa dan PustakaTiada1963 
Suluh Bahasa (Buku Bahasa untuk Sekolah Menengah): untuk Tingkatan LimaDewan Bahasa dan PustakaTiada1968 
Suluh Bahasa (Buku Bahasa untuk Sekolah Menengah): untuk Tingkatan SatuDewan Bahasa dan PustakaTiada1963 
12

Kembali ke atas