Definisi : ; ~ saran perbincangan intensif utk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dsb. menyumbang 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg bantuan, sokongan), memberi solok: banyak orang yg ~ ketika ia mengadakan kenduri; 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll): mereka ~ ke arah penubuhan Universiti Kebangsaan dgn masa dan tenaga; menyumbangkan memberikan sesuatu (tenaga, wang, dll) sbg sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan): beberapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dlm gerakan gerila melawan Jepun; namun Islamlah yg ~ ciri-ciri yg dominan dlm kebudayaan Islam; sumbangan 1. sesuatu yg diberikan sbg bantuan (kpd keramaian dll); 2. bantuan atau pertolongan yg diberikan, sokongan: mahasiswa kita masih sedikit sekali memberi ~ kpd tanah air; senarainya telah digunakan di peringkat antarabangsa dan telah memberi ~ yg besar terhadap kajian cerita rakyat; penyumbangan perihal memberikan sumbangan; penyumbang orang yg memberikan sumbangan, orang yg menyumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; menyumbang 1 memberi bantuan kpd orang yg mengadakan keramaian: Ketika mengahwinkan anaknya dahulu, banyak orang yg ~. 2 turut memberi sokongan atau bantuan (spt wang ringgit, tenaga): Diharapkan tuan-tuan sekalian dpt ~ kpd syarikat kami dgn membeli saham yg kami keluarkan. menyumbangkan menjadikan sesuatu sbg sokongan atau bantuan; memberikan sesuatu sbg bantuan: Mereka telah ~ fikiran dan tenaga terhadap penubuhan universiti itu. sumbangan apa-apa yg diberikan sbg bantuan atau sbg sokongan; pertolongan: Apakah ~ saudara kpd masyarakat sejak saudara lulus dr universiti? penyumbang orang yg memberikan sumbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)