Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Totunod Sungai / Tombonuwo Cerita Dongeng Sungai / Tombonuwo Sungai / Tombonuwo Folk Tales Tiada1990tiada maklumat
Totunod Sungai / Tombonuwo Cerita Dongeng Sungai / Tombonuwo Sungai / Tombonuso Folk Talse Tiada1990983-9638-06-8
Sungai Tengi - sungai sempadan Selangor/PerakDewan Bahasa dan PustakaTiada1986 
Oh Sungai Perak, sungai ibu !Jabatan Pengajian TionghuaTiada1980 
Sungai & Pembangunan: Tebingan Sungai Bandar MalaysiaPenerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada2005967-942-742-0
Sungai Gombak - pemandangan sungai cetek dan berbatu besarDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Dari Sungai Pahang ke Sungai NilHimpunan Sarjana Kesusastreraan Indonesia Yayasan Obor IndonesiaTiada2012978-967-5295-97-3
Sungai air mata[t.p]Tiada2001979-95773-04-02
Sungai Rambai merentas zaman (1970-2015): Dari Sulawesi Selatan ke Kepulauan Riau dan berkampung di Tanah Melayu Tiada2016978-967-13964-0-7
Sungai Siput pekan di sudut bukit : antologi sajak Tiada2016978-967-5877-23-0
12345678910...

Kembali ke atas