Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.ba/] | تمبق

Definisi : 1. timbunan tanah dll utk menahan air, bendung, benteng, gili-gili; 2. jalan dll yg dibuat drpd timbunan tanah dll menyeberangi selat (tanah bencah dll): kalau hendak mem­buat jalan kereta api di tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yg bertepi curam; 3. kolam di tepi laut (diberi berbatas) utk memelihara ikan, tebat; menambak 1. menimbunkan (melonggok­kan) tanah dll supaya tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun (lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap jalan dll dgn ta­nah, melepa, menampali; 4. membina tam­bak pd, membuat benteng pd, memben­tengi dgn tambak: mereka sedang ~ tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyak-banyak kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd, membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dll), memben­dungi; ~ gunung menggarami laut prb mem­beri pertolongan kpd orang yg sekali-kali tidak perlu ditolong; penambak sesuatu yg dijadikan tambak (tanah, batu, dll): tanah itulah hendak di­buatnya ~ di seberang sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.ba/] | تمبق

Definisi : Br dapur berbentuk segi empat yg dibuat drpd tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.ba/] | تمبق

Definisi : ~ dapur sj ikan laut, Parastromateus niger. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.ba/] | تمبق

Definisi : 1 timbunan tanah dll utk me­nahan air; bendung. 2 jalan dsb drpd timbunan tanah dll yg dibina menyeberangi selat dll: ~ Johor. menambak 1 menimbuni sesuatu dgn tanah dll supaya tinggi: ~ paya. 2 menimbus lubang dgn tanah, pasir dll: Tempat-tempat yg berlubang dan yg lekuk ditambak dgn tanah. 3 membuat atau membina tambak pd sesuatu; membenteng dgn tambak: Mereka ~ tebing sungai dgn tanah. penambakan perihal atau perbuatan menambak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tambak (kata nama)
Bersinonim dengan benteng, tembok, bendungan, tebat, empangan, ban, daik, permatang, tanggul, gili-gili, embarau, padak, ambak, dinding, bakut, buruj;,
Kata Terbitan : menambak,

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(10)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Pembukaan Tambak JohorDewan Bahasa dan PustakaTiada  

Kembali ke atas