Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tiada; bukan: Dia ~ datang bekerja hari ini kerana hari Ahad. Pejabatnya ~ jauh dr sini. ~ apa tidak menjadi hal; tidak mengapa. ~ boleh (dpt) ~ sudah tentu; mesti; pasti. ~ khabarkan diri tidak sedar (spt orang yg sedang tidur atau pengsan). ~ lain dan ~ bukan tidak lain drpd; hanya. tidak-tidak tidak dpt diterima akal; bukan-bukan atau karut; mustahil. menidakkan mengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar. ketidak…an perihal atau keadaan tidak...: Ketidakbakuan keadaan tidak baku; ketidakpuasan keadaan tidak puas; ketidakseimbangan keadaan tidak seimbang; ketidaksudian keadaan tidak sudi. penidakan perbuatan atau hal menidakkan. setidak-tidaknya 1 paling sedikit atau paling kurang; sekurang-kurangnya. 2 bagaimanapun keadaannya atau halnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(750)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(839)

2

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(49)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Jangan tidak-tidakKarya BestariTiada2005967-86-0244-X
Hidup tidak selalunya indah hati tidak selalunya gelisah Tiada1972 
Tidak Kupinta ... Tiada2013978-967-11519-2-1
Tidak Pernah Sesal Tiada20169789670890999
Tidak Semudah ItuPenerbit Fajar BaktiTiada1992967-65-1453-5
Tidak menghormati bahasa kebangsaanSaudara Sinaran BerhadTiada[19??]. 
Tidak lama dahuluDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-1244-3
Tidak ada esokPustaka JayaTiada1982 
Tidak menghargai persahabatan Tiada2012978-967-0129-05-1
Tidak menjerahN.V. NusantaraTiada1965 
12345678910...

Kembali ke atas