Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.ba.han]/[per.u.ba.han] | ڤروبهن

Definisi : perihal berubah, peralihan, per-tukaran: dlm jangka waktu enam bulan ini, banyak ~ yg telah berlaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.ba.han]/[per.u.ba.han] | ڤروبهن

Definisi : perihal berubah; ® ubah I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.ba.han]/[per.u.ba.han] | ڤروبهن

Definisi : hal berubah; pertukaran; peralihan: Sejak negara kita merdeka, banyak ~ yg berlaku dlm berbagai-bagai bidang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Peribahasa

Tahu di angin berkisar.

Bermaksud :

Tahu akan perubahan hati seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari ESG

Istilah SumberIstilah SasarBidangHuraian
Shared Socio-economic Pathways (SSPs)Laluan Sosioekonomi Bersama (SSPs)ESGSenario perubahan iklim bagi unjuran perubahan sosioekonomi global sehingga tahun 2100.
climate change adaptationpenyesuaian perubahan iklimESGTindakan untuk menangani dan menyesuaikan diri kesan daripada perubahan iklim semasa atau yang dijangka berlaku. Sinonim climate adaptation.
climate change mitigationmitigasi perubahan iklimESGAktiviti mengurangkan gas rumah hijau atau meningkatkan penyimpanan karbon dioksida untuk mencegah perubahan iklim. Sinonim climate mitigation.
Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC)ESGBadan yang bertanggungjawab untuk menilai sains perubahan iklim.
The Special Climate Change Fund (SCCF)Kumpulan Wang Perubahan Iklim Khas (SCCF)ESGKumpulan wang yang ditubuhkan di bawah Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membiayai projek yang berkaitan dengan pemindahan dan pembangunan teknologi serta kepelbagaian ekonomi.
United Nations Framework Convention on Climate ChaKonvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC)ESGKonvensyen antarabangsa untuk menangani cabaran global perubahan iklim yang disepakati di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.
Paris AgreementPerjanjian ParisESGPerjanjian antarabangsa berkaitan dengan perubahan iklim yang termeterai dalam Persidangan Negara Ahli ke-21, Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Paris.
International Panel on Climate Change (IPCC)Panel Antarabangsa Perubahan Iklim (IPCC)]ESGBadan yang diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menilai sains berkaitan dengan perubahan iklim.
Glasgow Climate PactPakatan Iklim GlasgowESGPersetujuan yang dicapai semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 di Glasgow, Scotland untuk memperkukuh usaha bagi membina daya tahan terhadap perubahan iklim dan mengekang pelepasan gas rumah hijau serta menyediakan pembiayaan yang diperlukan oleh kedua-duanya.
climate diplomacydiplomasi iklimESGUsaha diplomatik untuk menangani dan mengurus cabaran akibat perubahan iklim melalui rundingan dan kerjasama antarabangsa demi mewujudkan penyelesaian mampan dan mencapai kesepakatan dalam menghadapi isu perubahan iklim.
123

Kembali ke atas