| abiotik | abiotic | Komponen bukan hidup seperti air dan tanah dalam ekosistem. | Menengah Atas |
| glukosa | glucose | Gula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa merupakan komponen asas dalam karbohidrat. Formulanya, C6H12O6 . | Menengah Atas |
| formula molekul | molecular formula | Formula yang menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat di dalam sesuatu molekul. Contohnya, formula molekul benzena ialah C6H6 dan etanol C2H5OH. | Menengah Atas |
| benzena | benzene | Sebatian hidrokarbon aromatik, berbentuk cecair, tidak berwarna, mudah terbakar, bersifat karsinogen, larut campur di dalam alkohol, karbon tetraklorida, eter, aseton, dan asid asetik, tetapi larut sedikit di dalam air. Formulanya, C6 H6. | Menengah Atas |
| nombor Avogadro | Avogadro number | Bilangan zarah dalam satu mol bahan. Nilai nombor Avogadro ialah 6.023 x 1023 . | Menengah Atas |
| natrium | sodium | Unsur logam alkali yang mempunyai nombor proton 11, jisim atom relatif 23, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, bertindak balas dalam air untuk membentuk larutan natrium hidroksida dan membebaskan gas hidrogen. Natrium biasanya digunakan sebagai bahan uji dan bahan penyejuk dalam reaktor nuklear. Formula Na. | Menengah Rendah |
| gelombang radio | radio wave | Gelombang elektromagnet yang mempunyai julat panjang gelombang 10-1 m hingga 106 m. | Menengah Atas |
| sebatian tepu | saturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan tunggal antara atom-atom karbon. Contohnya, etana, C2H6. | Menengah Atas |
| mol | mole | Suatu unit asas SI bagi menyukat kuantiti bahan. Satu mol bahan mengandungi bilangan zarah yang sama banyak dengan bilangan atom dalam 12 g karbon-12, iaitu 6.02 x 1023 zarah. | Menengah Atas |