| bulu halus | fine hair | Bulu yang sangat nipis dan lembut. Contohnya, bulu halus pada arnab. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| apendiks | appendix | Unjuran yang terdapat pada sekum dan terletak di sebelah kanan abdomen. Pada herbivor seperti arnab, apendiks merupakan tempat tinggal mikroorganisma yang menghasilkan enzim selulase yang dapat mencerna selulosa. | Menengah Atas |
| cangkuk | hook | Struktur pada biji tumbuhan yang berbulu dan berduri halus, yang boleh menyebabkannya melekat pada badan haiwan untuk dipencarkan. Contohnya, biji kelulut yang boleh melekat pada badan arnab. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |