| artropod | arthropod | Haiwan tanpa tulang belakang yang dicirikan oleh anggota bersendi, badan bersegmen dan rangka luar. Contohnya, udang, semut, labah-labah dan lipan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| kutikel | cuticle | 1. Lapisan berlilin yang menyelaputi permukaan luar epidermis pada batang dan daun tumbuh-tumbuhan. 2. Bahagian luar yang keras yang menyelaputi organisma tertentu seperti artropod dan penyu. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| abdomen | abdomen | 1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. | Menengah Rendah |
| abdomen | abdomen | 1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. Lihat Rajah | Menengah Atas |