| kilat | lightning | Nyahcas elektrik dalam bentuk percikan cahaya yang terang di antara dua awan yang bercas atau di antara awan yang bercas dengan bumi. Contohnya, kilat terjadi apabila awan membina cas negatif yang besar pada bahagian bawahnya. | Menengah Rendah |
| awan | cloud | Titisan air yang halus di udara dan terhasil daripada proses kondensasi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kitar air | water cycle | Pergerakan air yang berterusan antara atmosfera, daratan dan lautan. Penyejatan air dari permukaan bumi membentuk wap air, yang akan terkondensasi membentuk awan dan kembali ke permukaan bumi dalam bentuk hujan atau salji. Lihat Rajah | Menengah Rendah |