| simbol amaran bahaya | hazard symbol | Simbol yang menunjukkan bahaya sesuatu bahan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| terancam | endangered | Keadaan sesuatu yang sedang menghadapi bahaya. | Sekolah Rendah |
| mikroorganisma berbahaya | harmful microorganism | Mikroorganisma yang boleh mendatangkan bahaya kepada hidupan seperti penyakit atau merosakkan makanan. | Sekolah Rendah |
| tempat perlindungan | shelter | Struktur yang dapat melindungi manusia atau haiwan daripada bahaya. Contohnya, gua. | Sekolah Rendah |
| dadah | drug | Bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan untuk menahan sakit, merawat dan menyembuhkan penyakit. Dadah akan mendatangkan bahaya jika diambil lebih daripada sukatan atau tidak mengikut kaedah yang ditetapkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| penerima universal | universal recipient | Individu yang berdarah jenis AB daripada sistem kumpulan darah ABO, yang dapat menerima semua jenis darah tanpa mengalami sebarang kesan bahaya kepada dirinya. | Menengah Rendah |
| penderma universal | universal donor | Individu yang berdarah jenis O daripada sistem kumpulan darah ABO, yang boleh mendermakan darahnya kepada penerima yang mempunyai sebarang jenis darah tanpa memberi kesan bahaya kepada penerima tersebut. | Menengah Rendah |