| banjir kilat | flash flood | Kenaikan paras air yang cepat dalam masa singkat akibat hujan yang sangat lebat dan saliran air yang tersumbat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| fenomena alam | natural phenomenon | Kejadian yang berlaku secara semula jadi. Contohnya,letusan gunung berapi, banjir dan hakisan. | Menengah Rendah |
| bencana alam | natural disaster | Bencana yang berlaku secara semula jadi, dan menyebabkan kerosakan yang teruk terhadap alam. Contohnya, tsunami, banjir dan gempa bumi. | Sekolah Rendah |
| pemanasan global | global warming | Fenomena alam yang berlaku apabila suhu purata atmosfera bumi meningkat disebabkan peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Keadaan ini menyebabkan perubahan pada pola cuaca. Pemanasan global juga boleh menukar corak cuaca yang normal kepada tidak normal, dan menyebabkan bencana seperti banjir besar, tsunami, kemarau dan ribut taufan. | Menengah Rendah |