| bes | base | Sebatian yang berasa pahit yang menukarkan kertas litmus merah lembap kepada biru. Ia bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air. | Menengah Atas |
| hempedu | bile | Bendalir berwarna hijau yang dirembeskan oleh hati, berasa pahit dan disimpan dalam pundi hempedu untuk membantu membaurkan lemak semasa proses pencernaan makanan. | Menengah Rendah |
| garam | salt | Bahan pepejal atau serbuk yang berwarna putih dan berasa masin. Garam diperoleh daripada air laut atau dari dalam tanah. | Sekolah Rendah |
| gliserol | glycerol | Cecair likat, tidak berwarna, larut dalam air dan berasa manis. Gliserol digunakan secara meluas dalam industri makanan dan farmaseutikal. | Menengah Atas |
| alkali | alkali | Bahan yang larut dalam air, menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit dan mempunyai nilai pH antara 8 - 14. Alkali akan membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan asid. | Menengah Rendah |
| asid | acid | Bahan yang menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah dan biasanya berasa masam. Contohnya, buah tomato. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| alkali | alkali | Bahan yang menukarkan warna kertas litmus merah menjadi biru, dan biasanya berasa pahit dan licin. | Sekolah Rendah |
| lada hitam | black pepper | Lada yang buahnya berbentuk biji bulat, berwarna hitam apabila dikeringkan dan berasa pedas. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| alkali | alkaline | Bahan yang larut dalam air dan menghasilkan ion hidroksida (OH–). Ia menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit, dan mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7. Alkali bertindak balas dengan asid membentuk garam dan air. | Menengah Atas |