| plumul | plumule | Pucuk baharu yang berkembang dari embrio tumbuhan yang terdapat di dalam biji benih dan seterusnya menjadi daun. | Menengah Rendah |
| sulur | sucker | Pucuk baru yang berkembang dari bahagian pangkal atau akar pokok. Contohnya, sulur pada pokok pegaga. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| spora | spore | Sel pembiakan yang berkembang menjadi individu tanpa pensenyawaan dengan sel pembiakan bagi tumbuh-tumbuhan. Contohnya, paku pakis dan cendawan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| uterus | uterus | Tempat embrio atau fetus berkembang dalam organ pembiakan wanita. | Menengah Rendah |
| uterus | uterus | Tempat embrio atau fetus berkembang. | Menengah Atas |
| ovul | ovule | Bahagian pembiakan betina tumbuhan yang mengandungi ovum dan berkembang menjadi biji benih selepas persenyawaan berlaku. | Menengah Rendah |
| mesoderma | mesoderm | Lapisan yang terletak di antara ektoderma dan endoderma gastrula yang berkembang menjadi bahagian seperti otot dan organ pembiakan. | Menengah Atas |
| radikel | radicle | Bahagian pertama anak benih yang tumbuh semasa proses percambahan dan akan berkembang menjadi akar. | Menengah Rendah |
| persenyawaan | fertilization | Proses penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu yang baharu. | Menengah Rendah |
| organisma | organism | Sesuatu hidupan yang mempunyai struktur yang teratur dan menjalani proses kehidupan seperti menghasilkan keturunan, berkembang dan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Contohnya, haiwan dan tumbuhan. | Menengah Rendah |