| metamorfosis | metamorphosis | Perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup sesuatu organisma daripada peringkat awal sehingga dewasa, seperti yang berlaku pada serangga dan amfibia. Perubahan ini berlaku secara mendadak atau secara beransur-ansur. Metamorfosis terbahagi kepada metamorforsis tak lengkap dan metamorfosis lengkap. | Menengah Atas |
| penyejatan | evaporation | Proses yang berlaku apabila cecair bertukar menjadi wap pada suhu di bawah takat didih, hanya melibatkan permukaan cecair dan boleh berlaku sepanjang masa. | Menengah Rendah |
| baligh | puberty | Peringkat permulaan kematangan seks yang berlaku pada manusia. Organ-organ pembiakan mula berfungsi dan terdapat beberapa perubahan fizikal dan emosi yang berlaku pada peringkat ini. | Menengah Rendah |
| pergerakan Brown | Brownian movement | Pergerakan secara rawak yang berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja tetapi juga berlaku pada cecair. | Menengah Rendah |
| letupan | explosion | Keadaan yang berlaku akibat pembebasan tenaga dengan cepat kerana tindak balas kimia. Contohnya, letupan bom. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| geseran | friction | Tindakan yang berlaku apabila dua permukaan bergeselan. | Sekolah Rendah |
| gerhana | eclipse | Fenomena yang berlaku apabila bumi atau bulan terlindung daripada cahaya matahari sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya. | Sekolah Rendah |
| penyesaran | succession | Proses yang berlaku perlahan-lahan akibat perubahan bilangan individu bagi setiap spesies dalam sesuatu komuniti, atau akibat penempatan satu populasi spesies yang baru, yang beransur-ansur mengambil alih tempat penghuni asal. | Menengah Atas |
| osteoporosis | osteoporosis | Penyakit yang berlaku apabila ketumpatan dan kualiti tulang berkurangan akibat kekurangan kalsium dalam diet. Tulang menjadi lebih berliang dan rapuh. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| hidrotropisme | hydrotropism | Pergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, akar menunjukkan hidrotropisme positif kerana tumbuh ke arah kawasan lembap atau berair, manakala hipokotilnya menunjukkan hidrotropisme negatif kerana tumbuh menjauhi air. | Menengah Atas |