| besi | iron | Logam yang kuat, berkilat dan mempunyai banyak kegunaan. Besi merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik. | Menengah Rendah |
| besi | iron | Sejenis logam kelabu berkilat yang keras dan bersifat magnetik. Besi digunakan untuk membuat alatan dan membina bangunan. | Sekolah Rendah |
| keluli | steel | Logam keras yang diperbuat daripada campuran besi dengan karbon. Keluli dikenali juga sebagai besi waja. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| peparu besi | iron lung | Peranti mekanikal yang membolehkan pesakit bernafas apabila otot kawalan yang normal menjadi lumpuh atau sistem pernafasan pesakit terjejas. | Menengah Atas |
| engsel | hinge | Sendi besi yang menyambungkan antara daun pintu atau tingkap dengan tiang tempat pintu atau tingkap yang dipasang. Engsel dipasang supaya pintu atau tingkap dapat dibuka dan ditutup. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| hematit | haematite | Bijih besi yang terdiri daripada ferum(III) oksida serta sedikit benda asing. Formula kimia Fe2O3. | Menengah Atas |
| cerucuk | pile | Konkrit atau besi yang ditanam dalam tanah untuk dijadikan asas sesuatu bangunan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| logam | metal | Unsur kimia seperti besi, emas, perak, dan tembaga yang dapat mengalirkan haba dengan baik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kaki retort | retort stand | Sejenis tiang besi tempat meletakkan radas dengan disokong oleh sejenis penyepit berskru. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| penggalvanian | galvanization | Proses menyadur permukaan keluli atau besi dengan zink bagi mengelak berlakunya pengaratan. | Menengah Rendah |