| emas | gold | Sejenis mineral semula jadi yang berwarna kuning terang dan tidak teroksida dalam udara atau air. Emas ialah unsur kimia yang kurang reaktif. Nama saintifiknya aurum. | Menengah Rendah |
| logam | metal | Unsur kimia seperti besi, emas, perak, dan tembaga yang dapat mengalirkan haba dengan baik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| konduktor elektrik | electric conductor | Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik. Contohnya, tembaga, perak dan emas. | Sekolah Rendah |
| elektroskop | electroscope | Alat untuk mengesan kehadiran cas elektrik dan mengenal pasti jenis cas. Contoh elektroskop ialah kerajang emas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |