| gerak balas | response | Aktiviti fisiologi, otot dan tingkah laku terhadap sesuatu rangsangan. | Menengah Rendah |
| metamorfosis | metamorphosis | Perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup sesuatu organisma daripada peringkat awal sehingga dewasa, seperti yang berlaku pada serangga dan amfibia. Perubahan ini berlaku secara mendadak atau secara beransur-ansur. Metamorfosis terbahagi kepada metamorforsis tak lengkap dan metamorfosis lengkap. | Menengah Atas |
| metamorfosis | metamorphosis | Siri perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup serangga dari peringkat awal sehingga dewasa. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| nic ekologi | ecological niche | Fungsi dan peranan organisma dalam sebuah komuniti atau sistem ekologi, bergantung pada penyesuaian struktur, gerak balas fisiologi dan perlakuan organisma tersebut. | Menengah Atas |
| pengelasan | classification | Kaedah penyusunan organisma secara sistematik ke dalam kumpulan taksonomi berdasarkan kesamaan dan perbezaan masing-masing dengan mengambil kira faktor evolusi, fisiologi, genetik dan lain-lain. | Menengah Rendah |