| asma | asthma | Penyakit gangguan paru-paru yang dicirikan oleh pernafasan yang pendek dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. Asma berpunca daripada alahan. | Menengah Rendah |
| apendisitis | appendicitis | Radang atau gangguan pada apendiks yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. | Menengah Atas |
| penyakit Parkinson | Parkinson’s disease | Penyakit gangguan saraf kronik yang mengakibatkan kekurangan kawalan ke atas pergerakan, kurang keseimbangan dan koordinasi. | Menengah Atas |
| gout | gout | Penyakit radang sendi yang menyakitkan, disebabkan oleh gangguan metabolisme yang mengakibatkan pengumpulan asid urik dalam darah dan pemendapan natrium urat di sekeliling sendi. | Menengah Atas |
| tompok matahari | sunspot | Bahagian atau kawasan gelap pada permukaan matahari kerana ia lebih sejuk. Tompok matahari disebabkan oleh gangguan magnetik pada permukaan matahari. | Menengah Rendah |