| garis melengkung | curved line | Garisan yang berkelok dan tidak mempunyai sudut. | Menengah Rendah |
| garis daya | line of force | Garis yang menunjukkan corak medan elektrik atau magnet di sekeliling konduktor atau magnet tersebut. Anak panah biasanya digunakan untuk menunjukkan arah daya. | Menengah Atas |
| bintang raksasa | giant star | Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km. | Menengah Rendah |
| paksi | axis | Garis lurus khayalan yang melalui pusat objek yang berputar. | Menengah Rendah |
| paksi | axis | Garis bayangan yang menghubungkan kutub utara dan kutub selatan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| diameter | diameter | Garis lurus bermula dari sisi bulatan ke sisi satu lagi, melalui pusat bulatan yang berada di tengah-tengah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| skala | scale | Tanda atau garis yang terdapat pada alat pengukur untuk menentukan ukuran. | Menengah Rendah |
| sinar cahaya | ray of light | Garis cahaya seperti cahaya matahari. | Sekolah Rendah |
| fluks magnet | magnetic flux | 1. Garis medan magnet. 2. Kekuatan medan magnet pada keluasan tertentu. Fluks magnet diukur dalam unit weber (Wb). Lihat Rajah | Menengah Atas |
| bulatan | circle | Bentuk satah yang dilingkungi oleh garis yang berterusan dan mempunyai jarak yang sama dari titik tengah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |