| lengan | arm | Bahagian anggota badan manusia dari bahu hingga ke pergelangan tangan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| hasta | cubit | Ukuran yang panjangnya dari hujung siku hingga ke hujung jari hantu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| depa | arm span | Ukuran dari hujung jari tangan hingga ke hujung jari tangan yang satu lagi dalam keadaan tangan direntangkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| pasir | sand | Zarah utama tanah yang bersaiz dari 0.05 mm hingga 2.0 mm. Pasir merupakan contoh silika, dan banyak digunakan dalam pembuatan konkrit dan kaca. | Menengah Rendah |
| unsur peralihan | transition element | Unsur logam yang terletak dalam kumpulan 3 hingga 12 dalam jadual berkala. Kebanyakan peralihan unsur mempunyai lebih daripada satu nombor pengoksidaan, kebanyakan sebatiannya mempunyai warna dan membentuk ion kompleks. | Menengah Atas |
| lantanida | lanthanide | Unsur-unsur nadir bumi yang bernombor proton antara 58 hingga 71. | Menengah Atas |
| tempoh kehamilan | gestation period | Jangka masa perkembangan embrio yang bermula dari persenyawaan hingga waktu kelahiran. | Menengah Rendah |
| peringkat remaja | adolescence | Tempoh masa bagi peringkat perkembangan manusia antara 13 tahun hingga 20 tahun. | Menengah Rendah |
| peringkat kanak-kanak | childhood | Tempoh masa perkembangan kanak-kanak antara umur tiga tahun hingga 13 belas tahun. | Menengah Rendah |
| gigi susu | milk teeth | Gigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |