| plasenta | placenta | Struktur yang menghubungkan ibu dengan fetus dalam uterus. Dalam plasenta, salur darah fetus berada berhampiran dengan salur darah ibu dan ini membolehkan fetus mendapatkan nutrien dan oksigen serta menyingkirkan bahan kumuh melalui salur darah ibu. | Menengah Rendah |
| plasenta | placenta | Organ endokrin sementara yang menghubungkan ibu dengan janin, dan menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Plasenta berfungsi untuk memindahkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan hasil buangan janin ke dalam edaran darah ibu. | Menengah Atas |
| jengkal | span | Ukuran panjang di antara hujung ibu jari tangan dengan hujung jari yang lain yang direntangkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| embrio | embryo | Organisma yang terbentuk pada peringkat awal perkembangan ovum yang tersenyawa. Pada manusia, embrio berada dalam uterus ibu dari peringkat permulaan hingga minggu kelapan. | Menengah Rendah |
| petua genggaman tangan kanan | right hand grip rule | Panduan yang digunakan untuk menentukan arah medan magnet mengelilingi konduktor atau bahan yang mengalirkan arus elektrik. Apabila seseorang memegang wayar dengan menggunakan tangan kanan, ibu jarinya akan menunjukkan arah aliran arus, manakala jari yang lain menunjukkan arah medan magnet. Lihat Rajah | Menengah Rendah |