| rizom | rhizome | Batang yang tumbuh secara mendatar di bawah tanah yang menjadi organ penyimpanan makanan. Rizom membesar dan akan membentuk tumbuhan baharu secara pembiakan vegetatif (pembiakan tampang). Contohnya, kunyit dan halia. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| rizom | rhizome | Batang yang tumbuh mendatar di bawah permukaan tanah, mempunyai ruas, buku dan mata tunas. Bahagian ini merupakan tempat simpanan makanan yang dihasilkan oleh pokok dan boleh tumbuh semula untuk menghasilkan tumbuhan baru, dan sebagai bahan pembiakan pokok. Contohnya, kunyit, halia dan lengkuas. | Menengah Atas |