| lebur | molten | Keadaan pencairan sesuatu bahan pepejal apabila dipanaskan pada takat tertentu. | Menengah Atas |
| takat lebur | melting point | Suhu ketika sesuatu pepejal menjadi cecair. Takat lebur ais adalah pada suhu 0°C. | Menengah Rendah |
| silika | silica | Sebatian berhablur berwarna putih atau jernih, berbentuk kristal, larut dalam alkali lebur dan asid hidrofluorik, dan mempunyai takat lebur 1710°C. Sebatian ini terdiri daripada unsur silikon dan oksigen. Contohnya, pasir dan kuarza. Silika dikenali juga sebagai silikon dioksida. Formula SiO2. | Menengah Rendah |
| takat lebur | melting point | Suhu apabila sesuatu bahan dalam keadaan pepejal bertukar menjadi cecair. | Menengah Atas |
| urea | urea | Sebatian organik bernitrogen yang mempunyai takat lebur 135°C, pepejal berhablur, berwarna putih, larut air dan terdapat secara semula jadi dalam air kencing. Urea biasanya digunakan sebagai bahan baja. | Menengah Rendah |
| sifat fizikal | physical property | Ciri sesuatu bahan seperti warna, takat lebur, takat didih dan ketumpatan yang boleh ditentukan tanpa mengubah komposisi kimianya. | Menengah Atas |
| fius | fuse | Peranti yang terdiri daripada wayar logam yang mempunyai takat lebur yang rendah dan dipasang secara bersiri dalam litar. Fius berfungsi untuk melindungi alat elektrik supaya tidak rosak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| elektrolit | electrolyte | Sebatian kimia yang boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau larutan akueus. Contohnya, asid hidroklorik cair. | Menengah Rendah |
| seramik | ceramic | Bahan daripada mineral bukan logam, bersifat keras dan mempunyai takat lebur yang tinggi. Contohnya, porselin. | Menengah Rendah |
| natrium | sodium | Unsur logam alkali yang mempunyai nombor proton 11, jisim atom relatif 23, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, bertindak balas dalam air untuk membentuk larutan natrium hidroksida dan membebaskan gas hidrogen. Natrium biasanya digunakan sebagai bahan uji dan bahan penyejuk dalam reaktor nuklear. Formula Na. | Menengah Rendah |