| lidah | tongue | Organ berotot pada lantai mulut yang berfungsi sebagai deria rasa, membantu menggerakkan makanan semasa mengunyah atau menelan dan membantu proses pertuturan. | Menengah Rendah |
| tunas rasa | taste bud | Reseptor pada lidah yang sensitif terhadap pelbagai rasa. | Menengah Rendah |
| rasa | taste | Perihal sesuatu yang dialami oleh lidah apabila bersentuh dengan sesuatu. Contohnya, rasa manis, pahit, masam dan masin. | Menengah Rendah |
| deria | sense | Struktur atau organ yang digunakan untuk menyentuh, melihat, mendengar, menghidu dan merasa dengan lidah. | Sekolah Rendah |
| variasi tak selanjar | discontinuous variation | Variasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara. Contohnya, jenis darah, kebolehan menggulung lidah, dan bentuk cuping telinga. | Menengah Atas |
| organ deria | sensory organ | Organ yang dapat mengesan rangsangan kerana kehadiran sel-sel saraf. Contohnya, mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. | Menengah Rendah |
| termometer klinik | clinical thermometer | Termometer yang digunakan khusus untuk mengukur suhu badan manusia. Bahagian hujung termometer akan diletakkan di bahagian bawah lidah, di bawah ketiak atau di hujung dubur. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| organ deria | sense organs | Organ yang berfungsi menerima rangsangan dalaman dan luaran, iaitu mata sebagai deria penglihatan, telinga sebagai deria pendengaran, hidung sebagai deria bau, kulit sebagai deria sentuh dan lidah sebagai deria rasa. | Sekolah Rendah |